Sabtu, 29 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan dari saya dan keluarga untuk semua rakan-rakan penternak yang mengenali kami.....lama juga saya tak update kan blog Hakim Agro Farm nie... Kat sini saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan penternak dari DBR yang sudi datang ke kandang saya tempoh hari...Terima Kasih juga untuk bro suko dan zizan coz banyak memberi kata semangat dan perangsang untuk saya tatkala saya ada masalah tempoh hari...baru-baru nie boer FB melahirkan anak....sekor betina, sekor lagi jantan...oklah tu...ada juga rezeki aku bulan nie....

Dalam bulan Ramadhan nie banyak juga kerja yang aku kene buat....Alhamdulillah baru-baru nie dapat juga aku satu job buat jalan...haa...haaa projek nie nak siap sebelum raya ...jadi letih jugaklah aku dalam bulan nieee....kedai baru aku pun tengah setup kat Endau...lepas raya dah nak launching.....pastu bulan nie gak banyak function nak setup kanopi sampai minggu ke 3 lepas raya.....nampaknya tak berayalah aku tahun niee...takpe janji bagi aku duit susah sikitpun aku tak kisah.....

Apepun kat sini aku rasa tak tercepat kalau aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" MAAF DIPINTA JIKA ADA KESILAPAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN untuk semua pelawat laman blog nie....bukannya ape wish awal-awal takut nanti tak sempat nak update blog nieee...... SALAM.....

Rabu, 20 Mei 2009

BISNES BARUKU

Assalamualaikum semua,

Haaa,,,sebelum aku memulakan coretan nie aku nak inform kat sini dan seterusnya nak mengucapkan Appy Birthday Untuk diriku ini dan juga twin aku yang mana esok tanggal 21 mei adalah tarikh lahirku....oklah kat sini aku nak citer sikit dan update pasal penternakan kambing yang aku jalankan serta satu perniagaan baru yang sedang aku setup khas untuk dihadiahkan kepada isteriku yang selama ini banyak membantuku didalam segala urusan samaada semasa aku susah ataupun senang....

Bulan nieee kambing dikandangku telah beranak lagi....jumlahnya ada tujuh ekor semuanya....semuanya anak kambing nie berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan...kat kandang aku juga ada beberapa ekor kambing yang menunggu hari nak beranak..... apa yang menggembirakan aku adalah dari 5 ekor kambing sanaen yang aku beli tempoh hari 3 dah kompom bunting manakala 2 lagi belum nampak bunting lagi...Fb doe pun seekor bunting dan sekor lagi belum agaknya...apepun aku bersyukur diberi peluang untuk menternak kambing nie kerana profesion ini mengajar aku erti sifat sabar dan menyayangi binatang....aku berharap aku dapat lebih banyak anak kambing yang bermutu dimasa hadapan....

Berbalik kepada bisnes baru aku tu...aku tengah setup bisnes berkaitan pengurusan perkahwinan iaitu berkaitan sewaan kanopi dan peralatan yang berkaitan dengannya...aku buat bisnes nie khas untuk aku berikan kepada isteriku yang selama nie banyak menyokong aku dalam apa jua yang aku lakukan....aku dapati bisnes nie ada sinar yang cerah pada masa hadapan yang mana setiap tahun semakin ramai pasangan yang ingin berkahwin dan perbelanjaan untuk majlis juga amat tinggi....aku harap dengan perniagaan baru nie dapatlah isteri aku terlibat secara sepenuh masa didalam bidang ini pada masa hadapan....Perniagaan ini akan dijalankan di premis yang akan aku sewa dengan MARA maybe bulan depan baru masuk kedai....Apepun urusan pembelian set kanopi telah aku selesaikan pagi tadi....terkejut juga bila dilihatkan kos yang aku kene keluarkan untuk setup bisnes nieee....dah kira2 habis jugaklah 50k hanya untuk pembelian 10 buah arabian kanopi berserta 40 meja dan 500 biji kerusi....disamping tu jugak kos terbabit meliputi kos pembelian peralatan hidangan dan juga kemasan lain seperti skirting, scallop dan sebagainya....diharap dengan perniagaan baru ini dapatlah menambahkan kantung poketku pada masa hadapan.....insyaalah... Jadi kepada sesiapa yang ingin melangsungkan perkahwinan pada bulan 7 bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi saya atau isteri ok.....sewaan hanya tertakluk didalam kawasan daerah mersing dan rompin sahaja....

Wassalam....nanti saya akan sertakan majlis perkahwinan pertama yang menggunakan khidmat sewaan kanopi saya.....byeeee

Khamis, 7 Mei 2009

JUALAN MEGA

Salam Semua

Disini saya ingin menyebarkan berita yang agak baik untuk penternak sekalian. Bagi sesiapa yang ingin membeli lembu dengan harga yang istimewa bolehlah menghubungi saya untuk membuat lawatan ke kandang lembu berkenaan. Ternakan tersebut berada dalam keadaan yang memuaskan dan tahap kesihatan yang baik...Ternakan tersebut diternak secara kelompok didalam ladang kelapa sawit...Terdapat lebih kurang 150 ekor hingga 200 ekor lembu berbagai baka iaitu

1. KK,
2. Brahman,
3. Cloris

dan juga kerbau yang ingin dijual secara pukal....Ternakan tersebut terdiri daripada

a) Jantan baka
b) Induk betina
c) Anak jantan
d) Dara

Harga boleh dirunding semasa melihat ternakan tersebut.....cepat-cepat siapa cepat dialah dapat selagi stok masih ada ....Salammmmm

Selasa, 14 April 2009

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA

Assalamualaikum,

Saya amat tertarik dengan minat dan wawasan yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penternak Kambing Malaysia bagi mewujudkan persatuan ini yang mana bertujuan untuk memberi maklumat kepada individu ataupun badan kerajaan yang ingin mengetahui berkenaan industri ternakan ini. Banyak kebaikan yang boleh kita perolehi dengan menyertai PPKM ini.Saya juga ingin memberi pandangan adalah perlu bagi PPKM ini menyediakan kad bagi sesiapa yang telah menyertai PPKM dan setiap peserta dikenakan bayaran yuran bagi kegunaan bagi membuat aktiviti dan perjumpaan yang sepatutnya diadakan setiap bulan.

PPKM ini juga boleh menganjurkan kursus yang perlu bagi meningkatkan pengetahuan didalam industri ini. Kursus yang dianjurkan juga hendaklah yang lebih baik berbanding yang dianjurkan oleh badan kerajaan atau pihak swasta. Kursus yang saya cadangkan adalah kursus berkenaan pembiakbakaan dan teknologi moden berkenaan AI dan ET didalam bidang ini. Saya amat-amat inginkan pengetahuan berkenaan teknologi ini dan pihak persatuan boleh mengenakan bayaran bagi sesiapa yang ingin menyertai kursus tersebut dan saya amat yakin ramai penternak yang ingin mengikuti kursus ini. Industri ini memerlukan teknologi yang moden untuk bersaing pada masa akan datang jadi dari sekarang kita perlu mengorak langkah untuk mempersiapkan diri kita supaya kita tidak ketinggalan dimasa hadapan.


Saya amat menyokong dan saya telahpun berdaftar dengan PPKM ini namun saya tidak dapat mengetahui adakah saya telah didaftarkan ataupun tidak. Itulah perlu diwujudkan database untuk ahli melakukan semakan keahlian PPKM. Saya bersedia untuk bersama- sama dengan persatuan ini selagi ianya boleh memberikan impak yang baik bagi pembangunan penternak kambing didalam negara ini. Saya menyeru kawan-kawan penternak lain untuk turut serta didalam PPKM ini. Thank u ......

Rabu, 1 April 2009

PETUA BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....

Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :


1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.


2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.


3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.


4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.


5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...


6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...


7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....


8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....


Coretan ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang telah hampir 7 tahun menceburi bidang perniagaan... Alhamdulillah dengan izinnya dengan hasil dari 3 perniagaan utama yang saya jalankan dalam bidang pembinaan, penternakan dan juga pengangkutan saya telah pun mendirikan rumah tangga dan mampu untuk memberi kehidupan yang selesa untuk keluarga saya yang tercinta....bagi saya hanya bidang perniagaan yang mampu memuaskan hati saya didalam apa yang saya lakukan didalam hidup ini. Bidang ini banyak menguji saya dan tak kurang juga banyak memberikan cerita gembira yang boleh saya kongsikan dengan anak saya dihari tua nanti....

Ahad, 22 Mac 2009

PASIR LANUN CAMP & CHALET

SALAM SEMUA
NAK IKLAN SIKIT BISNES FAMILY AKU NIE...


SELAMAT DATANG KE PASIR LANUN CAMP & CHALET


PLCC
nie terletak di salah satu kawasan peranginan pantai yang terkenal di Negeri Johor iaitu Penyabong.. Kalau datang ke Daerah Mersing tak sempurna lawatan anda kalau tak ke Pantai Air Papan atau Ke Pantai Penyabong ( Pantai Pasir Lanun). Pantai di PLCC ni amat sesuai untuk mandi-manda dan aktiviti lain spt Island Tour, Jungle Tracking dan juga Fishing Trip... Semuanya boleh diuruskan oleh PLCC... PLCC juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat dan juga aktiviti Family Day...Dari PLCC anda boleh melihat banyak pulau yang terdapat di perairan Laut China Selatan seperti Pulau Aceh, Pulau Sribuat dan yang terkenal Pulau Tioman. Jadi kalau berminat untuk menginap atau mengadakan apa-apa aktiviti di bolehlah Hubungi talian di bawah ini ok....byeeee


PLCC OFF
: 07-794 4778
HJ. Rahmat Bin Awang : 019-776 4778
Abdul Hakim Bin Rahmat : 019-773 4778
Abdul Halim Bin Rahmat : 019-775 4778
Abdul Hafiz Bin Rahmat : 013-714 1412



Pasir Pantai Yang Memutih Tapak Perkhemahan Disediakan Di tepi Pantai dan Redup....



Kemudahan Di PLCC Spt Chalet Type'A', Chalet Type 'B', Chalet Type 'C', Dorm dll lagi....




Gambar Di dalam Chalet yang disediakan di PLCC




Kemudahan Lain Yang disediakan PLCC Spt Tandas Awam Dan Tent.










Khamis, 19 Mac 2009

KANDANG BARU

Alhamdulillah.....

Akhirnya siap jugak kandang tambahan aku nie..... Tukang nie lambat sikit buat kerja....tak taulah kenapa yee..maybe cuaca tak baik kebelakangan nie kot..... ape-apepun kat sini aku sertakan sikit gambar kandang aku yang terbaru ok......



Nielah rupa kandang tambahan aku nie... tak besar 25' x 30' jee..



Nie pulak gambar keseluruhan kandang aku berukuran 25' x 70'




Nie pulak gambar kandang untuk yang beranak. semuanya ada sepuluh kandang...


Nie gambar kandang yang baru siap. Tp kosong coz kambingnya tak banyak lagi..he..he...











KAMBING SANAEN

Salam...........

Nie pula kambing sanaen yang baru sampai kat kandang HAF. Kambing2 nie nampak sihat tapi agak kurus sikit coz kurang makan kat Aus. kot... Jangan risau kau semua pasti gemuk kalau dah sampai kat kandang HAF ni.....



Pasni bolehlah aku perah susu diaorang ni..... banyak tuuuu...

SNAKE AND FB DOE

Haaaa...

Nie dia gambar kambing yang aku beli tempoh hari..... Kambing ni baru seminggu kat kandang aku. belum sesuai sangat ngan cuaca sini lagi....


FB Doe tengah menjamu selera tuuu

Cantik tak FB Doe aku ni.... Umur kurang 1 Tahun ni...Siap Cert. lagi tuuu...




Nie dia Snake aku yang cun tuu..Berat lebih kurang 65kg atas....Bulu tu kusut skit coz baru mandi daa....
Harap2 panjanglah umur dia dan dapat beri baka yang bermutu untuk aku kat sini hendaknya...

Jumaat, 13 Mac 2009

SELAMAT DATANG

Salam,,,,,


Haaa.... kambing yang dibeli telah sampai.... Apapun aku nak ucapkan thank untuk bro Sukur dari Dusun Agro dan juga kepada partnernya bro zizan dari PB Ramunia. Diaorang nielah yang telah menjadi pengimport kambing yang aku beli tuu.... Walaupun baru kenal dengan diaorang tapi aku dah boleh dapat bermacam- macam ilmu tentang kambing dengan diorang niee... Diaorang nie boleh dipercayai dalam urusniaga kambing nieedan juga boleh diajak berbincang....Aku harap pasni akan adalah kerjasama yang lebih baik dengan diaorang nie pada masa hadapan samaada dari segi pasaran dan juga tunjuk ajar untuk penternak yang baru nak idup macam aku nieee..... Bukan senang nak jadi trader kambing nieee.... macam-macam urusan untungnya tak seberapa... betul tak bro...... Nasihat aku untuk penternak baru cubalah dapatkan baka yang berkualiti dengan trader yang jugak berkualiti.....Maybe next shipment aku nak join diaorang lagi nak sapu bersih kambing kat ostralia tuu.....Kambing yang baru sampai kat kandang aku nie semuanya xcelent

Khamis, 26 Februari 2009

UPDATE PEMBESARAN KANDANG

Disini saya ada sertakan gambar terkini berkenaan kerja-kerja pembesaran kandang kambing ku. kerja ini dijalankan coz nak terima kambing barulah yang aku tunggu-tunggu selama ni.



















Isnin, 16 Februari 2009

KAMBINGKU BERANAK LAGI

Alhamdulillah,

Baru- baru nie kambingku beranak lagi. Pada masa kini aku telah ada 6 ekor anak kambing baru yang mana 2 ekor adalah kembar. Aik sama je macam tuannya. Apa-apapun hati aku nie tak sabar menunggu kesemua kambing yang ada tu habis beranak semuanya. Penat woo jadik bidan nie. Ape- apepun aku amat berterima kasih kepada Isteri tersayang ku yang banyak membantu aku menguruskan ternakan ini. Semua kerja di buat dari beri makan sampailah menyusukan anak kambing pun dia pandai. Haa hujung bulan hampir tiba tapi kandang baru tak siap-siap lagi kambing baru dah nak sampai. Macamana nie. Takkan nak letak dalam bilik tidur pulak. Wahai abang tukang tolonglah cepat sikit siapkan kandang tu bang. Oklah sampai sini dulu coretan untuk hari ini. Chau dulu.

Isnin, 9 Februari 2009

PEJANTAN SNAKE BLOODLINE

Assalamualaikum,

Ha.ha..ha... kat sini saya ada sertakan gambar terbaru Buck Snake Bloodline yang didatangkan khas dari Australia. Buck ini maybe sampai pada ujung bulan Feb nie. Bersama buck ini ada juga Fb Reg. Doe Boer dan juga Sanaen Reg. Fullblood. Harap-harap kambing nie dapat hidup lama dan memberikan anak-anak kambing boer yang bermutu tinggi.


Sabtu, 31 Januari 2009

PEMBESARAN KANDANG

YAHOO.... Pertama sekali saya nak panjatkan bebanyak kesukuran kepada Allah S.W.T kerana memberi rezeki yang lebih untuk saya pada tahun lepas. Maka dapatlah saya gunakan duit tu sikit-sikit untuk membesarkan lagi kamdang saya yang tak seberapa tu. Kandang lama tu berukuran 25 kaki x 40 kaki. jadi saya akan buat tambahan kandang baru lebih kurang 25 kaki x 30 kaki lagi. Cukuplah untuk menampung jumlah ternakan sebanyak 80 ekor. Sekarang nie pun saya cuma ada 50 ekor je and kalau ditambah dengan yang akan sampai dari Aus nanti sebanyak 9 ekor je.

Dengar jumlah ternakan yang baru dibeli tu memang sedikit tapi harganya boleh tahan gak +- Rm 20 k jugak nak dibelanjakan tu. Tapi takpe minat punya pasal duit belakang kira. Dalam bulan Feb nie maybe saya akan terima kelahiran lebih kurang 6 ekor anak baru, bulan depan pun ada gak yang nak beranak tu. Jadi bulan nie saya terpaksalah bertukar profesion dari kontraktor kepada bidan terjun. Oklah sampai sini sajelah coretan untuk hari nie. See ya!...

Wassalam

Khamis, 29 Januari 2009

KEDATANGAN KAMBING BARU

Assalamualaikum

Dah lama saya tidak kemaskinikan blog ini. Maklumlah awal tahun kontraktor macam saya nie agak sibuk sikit mengejar projek yang baru keluar. Manalah tau tengah tahun ekonomi meleset projek dah kena sapu ngan orang lain lagi susah. Mana nak cari duit nak beli makanan kambing nie. Alhamdulillah baru-baru nie kambing dikandang telah beranak, dapat juga menambah koleksi ternakan saya tu.

Insyaallah hujung bulan Febuari saya akan bawa masuk kambing baru dari Australia. Baka yang dibawa masuk adalah dari jenis Boer tulin dari Snake Bloodline( kira keturunan jaguhlah tu). Saya ada bawa masuk 2 ekor betina baka Boer dari baka tulin juga serta pejantan Sanaen dan 5 ekor Sanaen betina juga dari baka tulin. Kalau kambing-kambing nie dah sampai saya akan lampirkan gambarnya untuk tontonan kawan-kawan ok. Cukup sampai sini dulu saya sambung lain kali. Assalamualaikum.