Selasa, 14 April 2009

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA

Assalamualaikum,

Saya amat tertarik dengan minat dan wawasan yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penternak Kambing Malaysia bagi mewujudkan persatuan ini yang mana bertujuan untuk memberi maklumat kepada individu ataupun badan kerajaan yang ingin mengetahui berkenaan industri ternakan ini. Banyak kebaikan yang boleh kita perolehi dengan menyertai PPKM ini.Saya juga ingin memberi pandangan adalah perlu bagi PPKM ini menyediakan kad bagi sesiapa yang telah menyertai PPKM dan setiap peserta dikenakan bayaran yuran bagi kegunaan bagi membuat aktiviti dan perjumpaan yang sepatutnya diadakan setiap bulan.

PPKM ini juga boleh menganjurkan kursus yang perlu bagi meningkatkan pengetahuan didalam industri ini. Kursus yang dianjurkan juga hendaklah yang lebih baik berbanding yang dianjurkan oleh badan kerajaan atau pihak swasta. Kursus yang saya cadangkan adalah kursus berkenaan pembiakbakaan dan teknologi moden berkenaan AI dan ET didalam bidang ini. Saya amat-amat inginkan pengetahuan berkenaan teknologi ini dan pihak persatuan boleh mengenakan bayaran bagi sesiapa yang ingin menyertai kursus tersebut dan saya amat yakin ramai penternak yang ingin mengikuti kursus ini. Industri ini memerlukan teknologi yang moden untuk bersaing pada masa akan datang jadi dari sekarang kita perlu mengorak langkah untuk mempersiapkan diri kita supaya kita tidak ketinggalan dimasa hadapan.


Saya amat menyokong dan saya telahpun berdaftar dengan PPKM ini namun saya tidak dapat mengetahui adakah saya telah didaftarkan ataupun tidak. Itulah perlu diwujudkan database untuk ahli melakukan semakan keahlian PPKM. Saya bersedia untuk bersama- sama dengan persatuan ini selagi ianya boleh memberikan impak yang baik bagi pembangunan penternak kambing didalam negara ini. Saya menyeru kawan-kawan penternak lain untuk turut serta didalam PPKM ini. Thank u ......

Tiada ulasan: