Khamis, 18 Disember 2008

KAMBING UNTUK DIJUAL ( AQIQAH & QURBAN)

KAMI ADA MENJUAL KAMBING FERAL UNTUK TUJUAN AQIQAH & QURBAN

- Berat dari 40kg - 50kg

- Harga dari RM 600.00 - RM 700.00

Sabtu, 22 November 2008

MENGENALI PENYAKIT KAMBING

1. Cirit-birit (Diarrhoea)

Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti
• Faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai.
• Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih.
• Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar
• Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan.
• Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan.
• Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis).
• Kambing yang menghidapinya akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ianya juga boleh menyebabkan kematian.

Kaedah Rawatan :-
• Berikan rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing iaitu antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat.
• Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
• Periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
• Amalkan sistem ragutan bergilir


2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)

Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing.
• Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah.
• Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan.
• Terdapatnya gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir.
• Gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari.
• Kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak

Kaedah Rawatan :-
• Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
• Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
• Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
• Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
• Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti tetravet atau iodin.


3. Kembung (Tyumpang)

Kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang. Di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil.

Penyebab Kembung :-
• Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang)
• Terlalu banyak makan PKC
• Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher )
• Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.

Tanda-Tanda Klinikal :-
• Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
• Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
• Tidak mahu makan.
• Terbaring dan kesakitan.
• Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.

Kaedah Rawatan :-
• Stomach tubing.
• Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
• Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
• Uruskan bahan makanan dengan betul.


4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)

Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing.
• Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik.
• Penyebab utama penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia.
• Batuk basah adalah tanda awal.
• Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus.
• Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.

Antara faktor-faktor penyebab adalah:-
• Stress / tegasan cuaca (sejuk).
• Pemakanan tidakbermutu.
• Bebanan cacing.
• Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
• Kandang terlalu padat - memudahkan kambing mendapat pneumonia.

Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti :-
• Pernafasan cepat / sesak nafas.
• Suhu tinggi / demam.
• Bunyi pernafasan tidak normal.
• Batuk, bersin, cecair dari hidung.
• Lemah, kurus, tiada selera makan.

Kaedah Rawatan :-
• Gunakan antibiotik spektrum luas
• Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
• Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
• Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
• Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
• Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).


5. Penyakit-penyakit lain

• Diantara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku.
• Keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus.
• Amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan penyakit.
• Selain daripada itu terdapat juga rawatan secara tradisional yang telah diguna-pakai sejak dahulu oleh masyarakat kita sebelum kedatangan ubatan moden ini.

Jumaat, 10 Oktober 2008

ANAK KAMBING PERTAMAKU

Kerinting dan Lurus adalah nama bagi anak kambing pertamaku. Ianyanya adalah pasangan kembar. Anak kambing ini betul-betul kambing boer. Pada masa kini ianyanya berumur 5 bulan dengan berat purata antara 17 hingga 20 kg. Keadaan kesihatan kedua-dua amat baik pada masa kini. Dibawah ini aku sertakan gambar sikembarku ini












KISAHKU

Assalamualaikum,

Perjalanan aku bagi menjadi seorang penternak bermula pada bulan april 2008. Pada permulaannya aku hanya membina kandang yang berukuran 25' x 40' bagi menempatkan kambing sebanyak 70 ekor. Setelah kandang siap dibina aku telah membeli 3 ekor kambing jamnapari untuk aku belajar cara menguruskan ternakan tersebut. Setelah aku mempelajari dan memahami tabiat ternakan kambing ini aku mengorak langkah kehadapan dengan membeli sebanyak 38 ekor kambing boer bagi diternak di kandang aku. Pada minggu pertama seekor kambing boerku telah mati dan diikuti pada minggu ke 3 seekor lagi telah mati. Aku cuba untuk memcari sebab mengapa terjadi kematian ini. Apabila pegawai JPHV membuat bedah siasat didapati kematian ini berlaku disebabkan stress kerana berpindah kandang. Pada permulaan bulan pertama aku telah kehilangan 4 ekor kambing disebabkan mati.
Walaubagaimanapun allah memberi rezeki kepada aku apabila kambingku beranak kembar. Aku amat gembira dan bersemangat untuk meneruskan usahaku kearah menjadi pengusaha ternakan kambing terbesar di Negeri Johor. Bagi sesiapa yang ingin menceburkan diri didalam sektor ini hendaklah mempunyai sifat sabar dan sentiasa berfikiran positif apabila masalah melanda. Alhamdulillah semasa aku menulis blog ini aku telah pun mempunyai sebanyak 11 ekor anak kambing yang telah beranak dikandangku.