Selasa, 14 April 2009

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA

Assalamualaikum,

Saya amat tertarik dengan minat dan wawasan yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penternak Kambing Malaysia bagi mewujudkan persatuan ini yang mana bertujuan untuk memberi maklumat kepada individu ataupun badan kerajaan yang ingin mengetahui berkenaan industri ternakan ini. Banyak kebaikan yang boleh kita perolehi dengan menyertai PPKM ini.Saya juga ingin memberi pandangan adalah perlu bagi PPKM ini menyediakan kad bagi sesiapa yang telah menyertai PPKM dan setiap peserta dikenakan bayaran yuran bagi kegunaan bagi membuat aktiviti dan perjumpaan yang sepatutnya diadakan setiap bulan.

PPKM ini juga boleh menganjurkan kursus yang perlu bagi meningkatkan pengetahuan didalam industri ini. Kursus yang dianjurkan juga hendaklah yang lebih baik berbanding yang dianjurkan oleh badan kerajaan atau pihak swasta. Kursus yang saya cadangkan adalah kursus berkenaan pembiakbakaan dan teknologi moden berkenaan AI dan ET didalam bidang ini. Saya amat-amat inginkan pengetahuan berkenaan teknologi ini dan pihak persatuan boleh mengenakan bayaran bagi sesiapa yang ingin menyertai kursus tersebut dan saya amat yakin ramai penternak yang ingin mengikuti kursus ini. Industri ini memerlukan teknologi yang moden untuk bersaing pada masa akan datang jadi dari sekarang kita perlu mengorak langkah untuk mempersiapkan diri kita supaya kita tidak ketinggalan dimasa hadapan.


Saya amat menyokong dan saya telahpun berdaftar dengan PPKM ini namun saya tidak dapat mengetahui adakah saya telah didaftarkan ataupun tidak. Itulah perlu diwujudkan database untuk ahli melakukan semakan keahlian PPKM. Saya bersedia untuk bersama- sama dengan persatuan ini selagi ianya boleh memberikan impak yang baik bagi pembangunan penternak kambing didalam negara ini. Saya menyeru kawan-kawan penternak lain untuk turut serta didalam PPKM ini. Thank u ......

Rabu, 1 April 2009

PETUA BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN

Salam.....

Saya disini ingin berkongsi sedikit rahsia yang tak seberapa yang berupa petua untuk berjaya di dalam perniagaan... Pada masa kini sektor perniagaan banyak dimonopoli oleh bangsa asing.. Orang melayu lebih gemar untuk bekerja dengan sektor awam ataupun swasta...kita amat ketinggalan dari segi kekayaan ataupun kuasa ekonomi.... Apa yang dapat dilihat pada masa kini sudah ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan yang berkaitan penternakan ini.... Sektor ini sejak dahulu lagi telah diceburi oleh orang melayu.... Jadi bagi golongan muda yang berpendidikan pada masa kini telah terbuka minda untuk memajukan lagi sektor ini untuk menjadikan sektor ini salah satu enjin ekonomi negara pada masa akan datang...diantara petua untuk berjaya di dalam perniagaan adalah :


1. Jangan rasa rendah diri didalam apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bangga dengan apa yang anda lakukan dan cuba untuk memimpin rakan yang lain untuk turut serta bersama anda.


2. Buang rasa malu dan bersifat terbuka terhadap kritikan yang diberikan oleh rakan atau keluarga dan cuba untuk mencari perkara yang positif terhadap kritikan tersebut.


3. Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bantuan kewangan dari orang lain. Tetapi jangan segan atau takut untuk membuat pinjaman jika perniagaan yang dijalankan mempunyai potensi untuk berkembang. Setiap sen yang dipinjam haruslah mampu dibayar kembali tanpa membebankan anda....Ingat setiap insan jika mempunyai hutang akan lebih bertanggungjawab dan akan lebih bekerja keras untuk melangsaikan hutang berkenaan.


4. Sentiasa berfikir secara kreatif untuk memajukan perniagaan dan sentiasa menimba ilmu didalam perniagaan yang dijalankan. Kalau boleh setahun sekali cubalah untuk menghadiri apa-apa program jati diri dan motivasi untuk menaikkan semangat kita untuk terus berusaha pada masa hadapan.


5. Jangan malu untuk bertanya jika tidak tahu dan jangan kedekut ilmu jika orang bertanya. Jika ilmu dikongsi maka ilmu itu tidak akan hilang dari ingatan kita...


6. Sentiasa menyokong diantara satu sama lain.... ada pepatah berkaitan sifat orang melayu iaitu.... bangsa asing pernah berseloroh mengatakan " Jika ada bakul berisi ketam melayu kita tidak perlu menutupnya...tapi kalau bakul berisi ketam cina maka perlu ditutup atasnya...kenapa yeee... ini kerana ketam melayu jika ada seekor yang hendak keluar maka ketam lain akan menariknya kembali kedalam bakul...lain pula dengan ketam cina...jika ingin keluar dari bakul maka ketam yang lain akan membantu untuknya keluar supaya jika seekor nie telah keluar manalah tau dia akan membantu rakannya yang lain untuk bebas sepertinya juga...itulah perumpamaan yang mana peniaga melayu sentiasa menjatuhkan diantara satu sama lain tapi tidak bagi peniaga cina yang sanggup bantu membantu diantara satu sama lain...


7. Sentiasa ingin maju kehadapan dan jangan rasa telah puas hati dengan apa yang telah ada pada masa kini...tapi jangan tamak pulak ok....


8. Selepas semua petua diatas dipraktikkan maka akhir sekali mohonlah denga Allah supaya apa yang dihajati dapat dimakburkan dan sentiasa berdoa jika berhadapan dengan masalah.....adat orang berniaga sudah pasti akan menghadapi masalah dan beban sepanjang hari tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam....


Coretan ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang telah hampir 7 tahun menceburi bidang perniagaan... Alhamdulillah dengan izinnya dengan hasil dari 3 perniagaan utama yang saya jalankan dalam bidang pembinaan, penternakan dan juga pengangkutan saya telah pun mendirikan rumah tangga dan mampu untuk memberi kehidupan yang selesa untuk keluarga saya yang tercinta....bagi saya hanya bidang perniagaan yang mampu memuaskan hati saya didalam apa yang saya lakukan didalam hidup ini. Bidang ini banyak menguji saya dan tak kurang juga banyak memberikan cerita gembira yang boleh saya kongsikan dengan anak saya dihari tua nanti....